Rabu, 5 Februari 2014

CHIFFON HOKKAIDO CUPCAKE







RESEPI: KEK CAWAN CHIFFON HOKKAIDO
SUMBER: GOOGLE (maaf, nama empumya resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini untuk rujukan pada masa akan datang)

Ni antara cupcake yang paling sedap dan paling gebus aku pernah rasa, serius kek ni memang cun asalkanya dan harganya ada yang mencecah RM 7 sebiji! tapi paham2le sbb aku yg mmbuatnya kek semenyih cam ni...hehe.. tp rasanya mmg sdappp:) hehe,,angkat bakul lak, ak caye,,cube wat atau beli sendiri k, sepatutnya kek ni dibakar dalam shoufle cup/ cawan cupcake yang lebih kukuh/remekin (cawan seramik)/cawan cupcake yang berbentuk 4 segi kerana kek ini sangat lembut dan bila dipaipkan inti kastad krim akan mudah semenyih,,, atasnya biasa org tabur buahan segar seperti buah starwberry /kiwi/ dll untuk tampak lebih effect hokkaido ditabur sedikit icing sugar:)


BAHAN A (disatukan dan diayak 3 kali):

55 g tepung kek (ku guna tepung gandum)
20 g tepung kastad
1 sk b/powder

BAHAN B:

4 biji kuning telur
30 g gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
1 sk esen vanila

CARA  (A & B):

  1. Satukan gula dan kuning telur. Kacau dengan menggunakan whisk sahaja. Sampai jadi putih sedikit. 
  2. Masukkan susu, diikuti minyak dan esen vanila.
  3. Masukkan sedidkit demi sedikit campuran tepung yang telah diayak dengan b/powder tadi. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

BAHAN C:

4 biji putih telur
80 g gula kastor
Option: 1/4 cream of tartar (kalau tiada boleh ganti 1/4 sk garam)

CARA (C) (MARINGUE):

  1.  Dalam bekas lain, pastikan bersih dari bendasing atau sebarang cecair walaupun setitik air nanti tak akan jadi maringue/bertanduk (jika diterbalikkan bekas adunan tidak tumpah) (NOTA: Jika ada setitik air/bendasing pun adunan jadi cair tak menjadi maringue!)
  2. Pukul putih telur guna mixer (high speed) sampai kembang. (aku guna wisk je, belum ada mixer lagi)
  3. Bila nampak kembang dan berbuih, masukkan sedikit demi sedikit gula kastor dan sedikit garam.
  4. Sambung pukul lagi hingga kembang, sampai dapat softpeak (bertanduk) atau bila diterbalikkan bekas, adunan tak tumpah.


CARA (KEK):


  1. Satukan adunan dengan cara mengambil 1/3 Adunan C (maringue /putih telur) di masukkan ke dalam adunan B (kuning telur). Jangan guna mixer. Hanya pakai senduk atau spatula guna teknik kaup balik. 
  2. Ulang hingga adunan habis dan sebati.Nota: Kalau guna mixer struktur kek padat, nanti kek tak gebu!)
  3. Masukkan dalam bekas cupcake/remekin/ shoufle cup (cup mesti kukuh sebab kek sgt soft mudah semenyih.. lagi-lagi bila dipicit inti/filing krim kastad dalam kek nanti!) (Memang betul ni pengalaman pertama aku guna cup yang biasa memang semenyih habis sbb itu aje cup yang ada)
  4. Bakar pada suhu 170 C selama 15-20 min. Bakar pada rak tengah api atas bawah supaya kek masak sekata. Bergantung pada oven masing-masing.(Nota: Oven aku api atas sangat panas, pada 10 minit pertama aku guna api bawah, 5 minit terakhir aku set api atas bawah supaya permukaan atas juga dibakar sekata)
  5. Bila dah masak, renggangkan pintu oven sekejap supaya kek tak terbanam mengejut (sebab perbezaan udara dalam oven dan luar yang begitu ketara). Kemudian keluarkan dari oven sejukkan kek pada suhu bilik. (Jangan sedih, mula-mula kek gebu tiba-tiba terbenam sedikit & mengecut macam dalam gambar).(Memang macam nih, tapi bila dah picit krim kastard dalam kek nanti, kek akan membuncit semula!)

Sementara sejuk jom wat cream castard/krim kastad! (Dinasihatkan krim kastad ni disiapkan lebih awal/disebelah malamnya dan dah disejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu, sebab krim kastad ni memang sedap sangat bila masuk ke tekak dalam keadaan sejuk...) (tapi pada aku yang krim kastad tanpa whiping cream ni lebih mudah dipaip ketika masih suam)


BAHAN D (KRIM KASTAD):


1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung / tepung kastad
4 sb gula
200 ml susu segar/ susu cair
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sb mentega 
Optional: 1 sk esen vanila
Optional: whiping cream secukupnya (dipukul hingga berkrim) (ku tak letak)

CARA D (KRIM KASTAD):


  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1-3 sb susu. Kacau rata, jangan ada yang berketul.
  3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Tambah sedikit esen vanila. Kacau rata. 
  4. Masukkan baki susu. Kacau sebati dan pastikan cecair tidak berketul dan gula telah hancur.
  5. Masakkan atas api yang sederhana.
  6. Sentiasa kacau dengan senduk kayu/ whisk sahaja. (Tak boleh tinggal, kena kacau selalu takut berkerak)
  7. Kacau hingga ia pekat dan berkilat. Tutup api. 
  8. Kacau rata mentega dalam adunan tadi. Sejukkan biar suam. 


BAHAN E (HIASAN) :


Sedikit gula aisin (ditabur atas kek)
Sedikit hirisan buah peach/strawberi/kiwi dll di letakkan di atas kastad. (ku tak letak)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan krim kastad dalam piping bag dan cucuk/inject nozzle tengah-tengah kek / benamkan sedikit nozzle lalu picit/paipkan sedikit krim kastad ke dalam kek tadi sehingga krim sedikit terkeluar. 
  2. Tabur sedikit gula aisin atas cupcake.
  3. Paipkan sedikit krim kastad bentuk rossette atas cupcake.
  4. Letakkan sedikit hirisan buah untuk lebih sedap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan