Jumaat, 7 Februari 2014

DONUT BALL GEBU DAN MUDAH





RESEPI : DONUT BALL
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Buat penggemar donut macam aku bolehlah cuba resepi ni memang tak rugi, dah banyak kali aku buat tapi resepi inilah yang serasi dengan kami sekuarga. Mudah dan jimat masa boleh diterap bulat atau gegelang seperti donut yang biasa tapi yang ini namanya donut ball..

BAHAN :
500 g tepung gandum / (3 cwn) (ku guna 600 g sebab adunan agak lembik)
(Nota: Sila lebihkan 1/2 -1 cwn tepung sebab adunan agak lembik bergantung pada berapa kembangnya/naiknya yis nanti)
200 ml air suam kuku / (1 cwn) 
(Nota: tak boleh air terlalu panas/panas boleh matikan yis nanti. Yis akan cepat mengembang jika direndam dalam air suam dan dicampur dengan gula serta direhatkan di tempat gelap. Pantang lagi satu yis tidak boleh dicampur garam secara terus sebab yis akan mati)
11 g yis mauripan / (1 paket)
6 sb gula (boleh kurang jika tak suka manis)
3 sb susu pekat / susu tepung
2 sb mentega (dicairkan)
1 biji telur (optional: nak lebih lembut ku guna 2 biji telur sebab adunan banyak, base on pengalaman aku lembut n gebusss compare sebiji jauh beza!)
Optional : 1/4 sk garam (ku tak letak)

CARA :

  1. Cairkan mentega. Ketepikan. 
  2. Gula dan susu disatukan dalam air suam. Kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Rehatkan 10 minit. (Nota : Yis akan mengembang dan kelihatan berbuih).
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih. Masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi. Kacau sebati.
  5. Masukkan campuran yis ke dalam tepung. Gaul sebati dengan senduk kayu. Banyakkan tepung ditangan supaya tidak melekat. Uli dengan tepung hingga jadi doh. Adunan agak lembik. Kena letak lebih tepung. Bila dah tak melekat, bulat-bulatkan doh. Rehatkan selama 45 minit. (ku rehatkan selama 5-10 minit sebab time menguli untuk jadikan doh tu dah makan masa lama juga lebih kurang 30 minit) NOTA: UNTUK CARA MUDAH KEMBANGKAN DOH TANPA PERLU MENGULI SILA KLIK DI SINI
  6. Bulat-bulatkan-jadikan donut ball/canaikan setebal 2" kemudian terapkan acuan bentuk donut @ jika tanpa acuan tekan ditengan donut guna ibu jari.(ku rehatkan lagi selama 5-10 minit sebab time mencanai tadi dah terpadat sedikit. Bila nampak donat dah mengembang bolehlah digoreng)
  7. Sediakan minyak banyak dalam kuali. Goreng donut atas api sederhana. Pastikan api sederhana dan minyak sudah panas baru digoreng dan jangan terlalu lama dan jangan balikkan terlalu kerap kerana takut banyak terserap minyak.
  8. Hiasi gula ising/kastor/gula diblend/ coklat cair ditabur coklat rice dll.


TIPS TAMBAHAN (FROZEN DONUT):
  1. Jika donut banyak tidak habis dimakan, lebihan donut boleh difrozenkan. Caranya : Donut digoreng sekejap separuh masak tujuan untuk mematikan yis. Biarkan donut betul-betul sejuk. Bekukan secara individu. Pastikan donut tidak melekat antara satu sama lain. Bila dah beku, keluarkan dan terus pek dan terus simpan dalam peti sejuk beku.
  2. Cara menggoreng frozen donut sama macam biasa tanpa perlu defrost dulu. Pastikan api sederhana dan minyak sudah panas baru digoreng dan jangan terlalu lama dan jangan balikkan terlalu kerap kerana takut banyak terserap minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan