Jumaat, 7 Februari 2014

PUDING OREO BERCOKLAT



 






RESEPI : PUDING OREO BERCOKLAT
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Buat penggemar puding+coklat+oreo. Nah inilah resepi yang boleh dicuba! Sedap pada tekak kami sekeluarga. Gabungan rasa lemak manis coklat berkrim sedikit lemak masin gabungan rasa biskut+krim dari OREO...unik! 

BAHAN:

1 bungkus agar strip / 10 g serbuk jelly (ku guna agar2 strip dipotong pendek-pendek dan direndam sekejap supaya senang hancur)
1000 ml air
400 ml susu cair / 1 tin susu cair
140 g gula
3/4 cwn serbuk milo
1 bungkus biskut oreo (37 keping) (dipatah dan lapisan krim tidak dibuang)
Loyang bulat 8" (Ku guna mangkuk bulat sederhana 8")

CARA:
  1. Masakkan agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Masukkan gula, kacau hingga larut.
  3. Masukkan susu cair hingga mendidih. Kacau betul-betul. 
  4. Asingkan 2 cawan adunan dalam periuk lain, campurkan serbuk milo. Kacau sebati.
  5. Basuh bekas /loyang/ acuan. (Nota: petua mengatakan air dapat memudahkan untuk puding tanggal dari acuan nanti). Tuang 1 cawan adunan bancuhan milo tadi. Masa ini api periuk baki adunan milo dipadam atau diperlahankan. Masa nak guna nanti dipanaskan dan dikacau semula untuk elakkan adunan mengeras dan membeku. 
  6. Bila permukaan agar-agar milo dalam loyang/ acuan dah mengeras, tuang semua adunan periuk asli (putih) tadi dalam acuan. Tabur biskut oreo yang telah dipatahkan. Bila dah mngeras di akhiri dengan lebihan milo. (3 lapis: milo-putih+oreo-milo).
  7. Bekukan pada suhu bilik sebelum disejukkan ke dalam frezer.

TIPS TAMBAHAN (UNTUK MELAPIS):
  1. Jangan tunggu lapisan membeku semua (takut lapisan tak melakat dengan lapisan seterusnya).
  2. Jika permukaan dah mengeras guris permukaan jelly dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  3. Jika ingin cepat sejuk lapik bawah acuan dengan kain yang dibasahkan dengan air dan dihadapkan dihadapan kipas. tau dimasukkan dalam frezer 10 minit. 
  4. Pastikan agar-agar sentiasa dipanaskanatas api supaya dapat melekat dengan baik dengan lapisan sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan