Rabu, 12 Februari 2014

KEK BAKAR KURMA GUNA RESEPI ASAS KEK SIMPLE & SENANG (SUKATAN CAWAN)



 






RESEPI : KEK KURMA BAKAR
SUMBER : BUAT WANITA BLOGGER (maaf, resepi ini hanya disalin dan minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Buat pengemar kurma or tidak tiada masalah kerana kek ini insyaalah sangat sedap rasanya rangup diluar dan lembut di dalam, baik dari segi kesihatan malah mengikut sunnah juga, bukan hanya untuk kita malah anak-anak. Selain dari makanan sunnah kek ini hanya menggunakan sebiji telur! TQ puteri sbb sudi berkongsi resepi beserta TIPS sekali..Buat pengetahuan kek ini juga boleh diubahsuai rasanya! Mesti cuba dan rasa sendiri.Terbaik! Suami dan anak-anak suka berbanding kek kurma yg sy pernah buat dulu menggunakan 3 biji telur dan dikukus, rasa kek kurma versi bakar lebih sedaplah... 

Loyang kecil (ku guna loyang bulat 9")

BAHAN :

1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri (ku guna tepung gandum + 1 sk b/powder & diayak bersama)
1 Cawan Minyak Jagung (ku guna minyak masak)
1 Cawan Gula Kastor(ku guna 3/4 cwn)
10 Biji Kurma 
1 Cawan Susu Cair (ku guna secawan= susu tepung + air)
1 Biji Telur

CARA :


1. Blend kurma bersama secawan susu.
2. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
4. Masukkan minyak dan susu kurma. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit.

Maaf untuk memudahkan kerja aku yang beranak kecil, kebetulan mixer pun takde blender jela sumenye proses kecuali tepung. 


1. Blend telur sampai berbuih.

2. Masukkan gula, blend sampai putih.
3. Masukkan kurma yang telah dibuang biji bersama susu, blend lagi.
4. Masukkan minyak, blend lagi.
5. Pindahkan adunan dari blender ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit. 
(Nota ku guna api atas bawah, 30 minit pertama ku letak pada rak yang tengah, 15 minit terakhir ku pindah ke rak bawah, coz oven aku api atas lebih panas dari api atas, takut terlebih hangus pula ;p

TIPS TAMBAHAN:

1. Jangan gunakan terlalu banyak kurma, nanti jadi bengkang :p
2. Banyak lagi tips. Sila Rujuk di bawah/ Buat.Wanita@blogspot.com



Resepi Asas Kek. Simple & Senang (Sukatan Cawan)

Resepi ni untuk loyang kecil. Boleh dikukus dan boleh dibakar tau. Kalau kukus jadi
moist, kalau bakar jadi kek span padat la :) Sangat la senang nak buat. Kacau-kacau 
pastu kukus/bakar. Boleh di ubah perisanya mengikut selera. Rasanya pun sedap ;)

BAHAN :

2 Cawan Tepung Naik Sendiri 
1 Cawan Minyak Jagung 
1 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Susu Cair
1 Biji Telur
1 Sudu Serbuk Vanilla 
Perisa / Serbuk Koko/ Buah (Ikut Suka) 

CARA :


1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan minyak, susu dan serbuk vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan perisa yang disukai. Samada cecair / serbuk / buah.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
6. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
7. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.

TIPS TAMBAHAN :
1. Kalau guna tepung gandum, campurkan 1 sudu teh baking powder
2. Kalau tak ada serbuk vanilla, gantikan dengan esen vanilla. BW guna serbuk vanilla sebab ianya lebih wangi, dan tidak pahit jika masukkan lebih.
3. Kalau tanak guna telur pun boleh, tapi kek nanti cam senang berkecai sikit la.
4. Kalau bakar guna oven yang build in kat kabinet just guna 150'c je yer.
5. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika tak suka manis sangat.
6. Susu boleh digantikan dengan susu segar. Ataupun susu tepung bancuh dengan air je. 
7. Kalau guna mixer, tak perlu tapis adunan dengan penapis kerana adunan sudah sebati.
8. Untuk perisa, boleh gunakan perisa dalam botol kecil tu. Juga boleh masukkan perisa berserbuk seperti serbuk koko atau serbuk kopi. Boleh juga masukkan buah dan sayur yang dikisar contohnya, pisang, karot, daun pandan dan kurma (pastikan kisar bersama secawan susu tu, jangan masukkan air tambahan) 
9. Bagi perisa berserbuk seperti, serbuk koko, atau pun perisa dari buahan diblend seperti, kurma atau carrot, kurangkan tepung kepada 11/2 cawan.  

Jom tengok macam-macam resepi kek mudah menggunakan adunan asas yang sama :) di (BuatWanita.blogspot.com). (Maaf saya promote kat sini blog puteri yea, sebab resepinya terlalu baik, ringkas, padat dan paling mudah yang saya pernah jumpa dan yang paling penting boleh diubahsuai rasa, minta dihalalkan disalin, disimpan, diperpanjangkan buat rujukan bukan hanya saya tetapi keluarga yang memang peminat kek juga diperturunkan pada generasi anak2 pada masa akan datang. Moga Allah akan menambahkan ilmu dan keberkatan buat empunya resepi sekelurga. Amin.

2 ulasan: