Jumaat, 7 Februari 2014

PUFF KRIM KASTAD



RESEPI : KRIM PUFF KASTARD
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan)

BAHAN A:

100 ml air
45 g butter (pd suhu bilik)
60 g tepung gandum (diayak)
1 sk b/powder (diayak)
2 biji telur (100 g)

CARA:

  1. Panaskan oven pada suhu 200'C
  2. Alas dulang / oven plate dengan alumunium foil yang di sapu dengan sedikit minyak di atasnya. (Nota : Boleh juga di alas dengan baking paper tapi tak perlu di sapu minyak)
  3. Ayakk tepung bersama b/powder. Ketepikan.
  4. Masukkan telur dalam mangkuk. Pukul dan ketepikan.
  5. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak atas api sederhana, kemudian kuatkan hingga mendidih. Bila dah mendidih, tutup api.
  6. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  7. Panaskan semula adunan dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padam api.
  8. Masukkan telu dan kacau cepat-cepat.
  9. Masukkan adunan dalam piping bag. Paipkan ke atas dulang anggaran 5 cm, paip dengan nozle cantik dan paipkan meninggi / membukit dan jarakkan.
  10. Tekan sedikit bahagian tanduk terhasil supaya puff nampak cantik. Spray permukaan dengan air. Segera bakar sebab adunan cepat menurun/ meleper.
  11. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 15 minit, Kemudian turunkan suhu 180'C dan bakar selam 25 minit. Kalau nak nampak puff lagi perang, biarkan puff dalam oven skejap sebelum dikeluarkan.
  12. Sementara puff sejuk sediakan isi krim kastad.
BAHAN B (KRIM KASTAD) (300ml):

1 sb tepung kastad
1sb tepung jagung
4 sb gula
200 ml susu segar /(1 cwn)
1 biji telur (size L)
1 sb mentega

CARA (KRIM KASTAD):
  1. Masukkan bahan tepung kastad, tepung jagung, dan gulake dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-3 sudu besar susu, kacau jangan ada yang berketul.
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Masukkan susu selebihnya dan kacau lagi.
  5. Masak atas api perlahan, kacau selalu hingga aduan likat dan pekat. Tutup api.
  6. Masukkan mentega dan kacau. Katepikan.
CARA PENYEDIAAN PUFF KRIM KASTAD:
  1. Masukkan krim kastad suam dalam piping bag.
  2. Cucuk/paipkan krim kedalam puff atau belah dua puff tapi jangan putus dan paipkan krim kastad kedalam puff.
HIASAN:

Tabur gula icing
Letakkan hirisan buah segar kiwi/strawberry/peach dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan