Jumaat, 7 Februari 2014

PUDING KASTAD KOKTEL BERKUAH






RESEPI: PUDING KASTARD KOKTEL BERKUAH
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan)

BAHAN A (KASTARD):
1 cwn tepung kastard
1/2 cwn tepung jagung
4 cwn air
1 cwn susu cair
1 biji telur 
6 sb gula 
2 sb susu pekat
1 sk esen vanila
Secubit garam

CARA (KASTARD):
  1. Masukkan tepung kastard, tepung jagung, gula, garam, ke dalam periuk.
  2. Masukkan susu cair, air. Kacau rata sehingga gula hancur dan tepung tidak berketul.
  3. Kacau telur dalam mangkuk lain. Masukkan telur ke dalam aduanan tepung tadi. Masukkan esen vanila. Kacau hingga semua sebati.
  4. Tenggekkan dan masak adunan atas api yang sederhana. Kacau adunan jangab berhenti!. Bila likat sikit perlahankan api, terus kacau sampai adunan meletup-letup sedikit. Sejukkan dalam tupperware. Siman dalam peti sejuk sebelum dipotong dadu. 2"x2".
BAHAN B (KUAH KOKTEL):
1 tin susu cair
1 tin air / (2 cwn air)
2 sb tepung kastad
1 sk esen vanila
1/4 tin susu pekat / 2 senduk gula
1 tin koktel (di ambil isinya & sedikit airnya)
Optional: 1/2 - 1 cwn kismis /buah dipotong/agar-agar dll

CARA (KUAH KOKTEL):
  1. Masukkan semua bahan kecuali buah ke dalam periuk dan masakkan hingga mendidih.
  2. Sejukkan, masukkan buah koktel, syrup koktel dan boleh dihidang bersama puding kastad yang telah dipotong.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan