Rabu, 5 Februari 2014

STRAWBERRY SWISS ROLL














RESEPI : STRAWBERRY SWISS ROLL
SUMBER : CITARASAWAN BLOGGER (maaf kak wan, mar minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang. TQ very wuch, luv it! tomei sgt!)

BAHAN A:
3 biji kuning telur
75 g gula kastor 
50 ml air
40 ml minyak jagung
80 g tepung gandum (di ayak)
1 sk esen vanila

BAHAN B:
3 biji kuning telur
75 g gula kastor 
3 biji putih telur
2 sk gula kastor
1/8 krim of tartar

BAHAN C:
Pewarna pink (strawbery)
Pewarna hijau (daun)
Coklat emulco dan lidi
Loyang empat segi 10" x 10" (digris) (ku guna loyang bulat 10")
Kertas minyak (digris dan dialas di dalam loyang)
Buah strawberry secukupnya (ku ganti jem strawberry)
150 g whiping cream (non-diary) (dipukul hingga berkrim)
(Option: ku guna Buttercream menggantikan whipping cream)

Bahan D (Buttercream):
80 g butter (suhu bilik) 
200 g krimwell (ku guna shortening)(suhu bilik)
1/2 cwn gula icing (diayak)
1/4 cwn golden syrup

CARA (BUTTERCREAM): 
1. Pukul butter bersama krimwell/shortening hingga kembang / putih.
2. Masukkan gula icing  golden syrup. Kacau dengan spatula hingga sebati. 
3. Masukkan warna dan perasa pilihan (jika suka).

NOTA (PENYIMPANAN BUTTERCREAM): 
Buttercream tahan 3 bulan jika disimpan dalam bekas bertutup dan dalam peti sejuk. Jika ingin menggunakan semula sila keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik dan putar buttercream semula sebelum digunakan

Cara (kek):
  1. Pukul Bahan B hingga kembang dan bertanduk (maringue). Ketepikan. 
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. 
  3. Diikuti air, minyak dan tepung.
  4. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  5. Kaup balik dengan adunan B (maringue) hingga gaul rata.
  6. Asingkan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). masukkan ke dalam piping bag kecil yang diugunting sedikit muncungnya. Paipkan ke atas loyang berbentuk strawberry dan daun.
  7. Bakar loyang yang telah dipaipkan strawberry tadi dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  8. Tuang baki adunan di atas motif strawberry dan ratakan dengan spatula. Bakar lagi pada suhu 170'C selama 10-15 minit. Option : api atas bawah selama 20 minit.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai selama 10 minit.
  10. Terbalikkan atas sehelai kertas minyak, keluarkan kertas alas dibawahnya. (Option : aku celup lidi dalam coklat emulco dan buat bintik-bintik untuk biji strawberry time ni lagi mudah compare time dah gulung nanti agak susah)
  11. Lapikkan lagi sehelai kertas minyak atas motif strawberry. Kemudian terbalikkan semula ke atas. (Motif strawberry berada di bawah). Sapukan krim dan aturkan beberap biji strawberry kemudian gulung perlahan-lahan. (Aku sapu buttercream aje, kemudian atasnya sapu nipis jem strawberry)
  12. Celup lidi dalam coklat emulco dan buat bintik-bintik titik untuk biji strawberry. (ku dah buat sebelum kek digulung, sila abaikan)
  13. Optional: Aku wrap dengan plastik supaya gulungan lebih kemas dan tidak mudah berkecai atau pecah apabila di potong.
  14. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan