Jumaat, 7 Februari 2014

PAU GEBU










RESEPI : PAU GEBU
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN :
250 g tepung pau / (2 1/2 cwn) (ku guna tepung gandum, sebaiknya tepung pau lebih baik sebab lebih gebu dan ringan)
3 g yis kering / (3/4 sk)
2 g  b/powder/ (1/2 sk)
50 g gula kastor / (4 sb)
20 g lemak sayuran/ shortening / marjerin / (1 sb)
2 g bread softener / (1 sk)
100 ml air suam / (1/2 cwn)
Inti secukupnya (kacang merah/kaya/kelapa dll)
Kertas / daun pisang (dilayurkan atas api) (alas /pelapik  kuih bulat/4 segi 2"x2")
Optional : Sedikit pewarna (jika suka) 

CARA :
  1. Satukan, tepung, yis, b/powder, b/softener & gula dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli, diikuti lemak sayuran/shortening/marjerin.
  3. Uli doh hingga tak melekat. Jika masih melekat tambah tepung, jika terlebih keras tambah marjerin. Biar doh selama 10 minit pada suhu suam. 
  4. Bahagi doh 30-40 g setiap satu. Rehatkan 10 minit lagi.
  5. Bulatkan inti 20 g. Masukkan inti kedalam doh yang dicanaikan/dileperkan atas tangan dan tutup kemas.
  6.  Letakkan atas alas/ pelapik kertas / daun pisang. Rehatkan 45 minit sebelum dikukus.
  7. Susun kuih dalam pengukus. Kukus atas api sedehana dan air yang telah mendidih selama 10 minit. Tutup pengukus dengan kain tuala untuk mengelak dari air masuk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan