Jumaat, 7 Februari 2014

KEK COKLAT MOIST BAKAR







RESEPI : KEK COKLAT MOIST BAKAR
SUMBER : MASAM MANIS BLOGGER (maaf kak ita, mar share resepi kat sini minta dihalalkan diperpanjangkan sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN A:

300 g tepung gandum
100 g serbuk koko
1 sk b/powder
1 sk s/bonat

CARA :
  1. Satukan semua bahan, kemudian ayakkan bersama. Ketepikan.
BAHAN B:

3 biji telur size A
400 g gula kastor
1 sk esen vanila

BAHAN C:

250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Option: 2 sb susu pekat manis (lebih moist)

BAHAN D:

250 ml air panas

OPTIONAL : BAHAN E (HIASAN): (ku tambah sendiri, saje suka2:))
Badam keping (ditabur atas permukaan kek)


CARA :
  1. Satukan semua Bahan B [telur, gula & esen vanila], pukul hingga putih. (ku blend jer Bahan B sampai putih, mixer takde)
  2. Masukkan Bahan C [susu cair, minyak jagung & susu pekat], pukul hingga sebati. Nota: boleh pukul dengan hand mixer @ stand mixer (pemutar belon) (Ku masukkan Bahan C, ku blend lagi hingga sebati)
  3. Masukkan Bahan A [tepung diayak bersama serbuk koko & b/powder & s/bonat], sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Nota : Jika adunan banyak, tak larat nak guna spatula kaup balik, boleh guna stand mixer (guna pemukul macam bilah kipas), guna speed perlahan sekali, putar sekejap sampai sebati sahaja. Nota: Jangan lama sangat nanti udara terperangkap dan kek berlubang bila dipotong. (Ku pindahkan adunan dari blender ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan Bahan A sedikit demi sedikit dan kaup balik guna spatula).
  4. Tambah Bahan D [air panas], gaul rata. 
  5. Tuang adunan dalam loyang bulat/4 segi 8" yang di gris dan di lapik dasar dengan baking paper.(Optional: ku tabur badam keping atas permukaan kek)
  6. Bakar kek pada suhu oven 170'C selama 1-11/2 jam. Cucuk dengan lidi nak pastikan kek sempurna masak, jika masih belum masak tambah masa bakar. Nota: Rak tengah api atas bawah suhu 160-180'C. Option: Rak bawah, api atas bawah, suhu 170'C. Boleh kukus, masa 1-11/2 jam (tapi kek tak tahan lama cuma 3 hari), Boleh juga steam bath. (ku bakar guna kaedah steam bath, suhu 170'C, masa 11/2 jam, rak bawah, api atas bawah)

NOTA (KAEDAH STEAM BATH):

Loyang kek diletakkan di dalam loyang yang lebih besar yang berisi 1/2 air panas. Kebaikan: Kek tak mudah hangus dan moist (lebih kurang bakar+steam) ala-ala sauna..heheh..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan