Jumaat, 7 Februari 2014

CREPE KASTAD





RESEPI : CREPE KASTAD
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam salinan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN A (KULIT): 

20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastad
10 g tepung jagung
1 biji telur
1 sk minyak masak
 1sb gula halus
 40 ml susu cair
150 ml air
sedikit pewarna

CARA (KULIT):
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati dengan whisk & tapis. Boleh blender cuma sikit berbuih. Kena buang buih untuk elak crepe berlubang.
  2. Kalau pekat boleh tambah sedikit air.
  3. Masak macam masak lempeng atas api kecil atas kuali non-stick yang disapu sedikit minyak. Tuang 1 senduk sahaja, nipis, tak perlu terbalikkan (masak sebelah permukaan sahaja!), permukaan gelembung tanda masak.

Filing/ Inti: kastad/ whiping cream (wc)+oreo/ wc+choc/wc+buah strawberry/ durian dll. (ku letak filing krim kastad)

BAHAN (FILING KRIM KASTAD):

1 sb tepung gandum 
1 sb tepung kastad / jagung 
4 sb gula 
200 ml susu segar / susu cair
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sb mentega
1 sk esen vanila
whiping krim secukupnya (ku tak letak)

CARA (KRIM KASTAD)-
  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
  2.  Masukkan 1-3 sb susu, kacau rata, jangan ada berketul.
  3. Masukkan telur dipukul sedikit diikuti esen vanila, kacau lagi.
  4. Masukkan baki susu, kacau sebati.
  5. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau jangan berhenti. Kacau hingga pekat dan berkilat. Tutup api.
  6. Kacau mentega segera.
CARA PENYEDIAAN (CREPE KASTAD):
  1. Ambil sekeping kulit crepe letakkan bahagian licin dibawah (bila dilipat nanti permukaan ini akan berada di luar). 
  2. Masukkan sedikit inti kastad, kemudian lipat macam lipat surat. 
  3. Ulang hingga proses hingga kulit crepe habis.
  4. Dinginkan crepe sebelum dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan