Khamis, 23 Januari 2014

KEK BATIK COKLAT BISKUT MARIE



RESEPI : KEK BATIK COKLAT BISKUT MARIE
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama sebenar pemilik resepi tiada dalam salinan, minta dihalalkan dipaparkan disini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Em... rasanya tentu ramai pernah merasa Kek Batik Coklat Biskut Marie ni,,, insyaallah sedap dan mudah penyediaannya.

BAHAN:

200 g Milo
250 g butter 
3 sb sebuk koko
1 tin susu pekat manis (kecil)
1 paket Biskut Marie (perisa original)

CARA:
  1. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik. (supaya senang tidak melekat pada loyang boleh diangkat tanpa cacat cela)
  2. Cairkan butter dalam kuali di atas api yang kecil.
  3. Masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga milo hancur.
  4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti, hingga halus dan tidak berketul. Kacau hingga agak pekat. Matikan api. Ketepikan.
  5. Susun biskut marie dalam loyang hingga menutup permukaan dasar. (jika perlu patahkan biskut untuk memastikan tiada lubang di dasarnya)
  6. Cedok coklat tadi dan ratakan ke semua permukaan atas biskut yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  7. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan coklat. Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
  8. Sejukkan dalam frezer 3-4 jam atau semalaman sebelum dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan