Khamis, 23 Januari 2014

KEK BATIK COKLAT BISKUT MARIE



RESEPI : KEK BATIK COKLAT BISKUT MARIE
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama sebenar pemilik resepi tiada dalam salinan, minta dihalalkan dipaparkan disini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Em... rasanya tentu ramai pernah merasa Kek Batik Coklat Biskut Marie ni,,, insyaallah sedap dan mudah penyediaannya.

BAHAN:

200 g Milo
250 g butter 
3 sb sebuk koko
1 tin susu pekat manis (kecil)
1 paket Biskut Marie (perisa original)

CARA:
  1. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik. (supaya senang tidak melekat pada loyang boleh diangkat tanpa cacat cela)
  2. Cairkan butter dalam kuali di atas api yang kecil.
  3. Masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga milo hancur.
  4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti, hingga halus dan tidak berketul. Kacau hingga agak pekat. Matikan api. Ketepikan.
  5. Susun biskut marie dalam loyang hingga menutup permukaan dasar. (jika perlu patahkan biskut untuk memastikan tiada lubang di dasarnya)
  6. Cedok coklat tadi dan ratakan ke semua permukaan atas biskut yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  7. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan coklat. Ulang proses yang sama hingga adunan habis.
  8. Sejukkan dalam frezer 3-4 jam atau semalaman sebelum dihidang.

Selasa, 21 Januari 2014

Pertama Kali Minat Memasakkkk-KEK PISANG KUKUS

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi tercapai juga hasrat hati nak memiliki sebuah Blog Masakan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang. Manalah tahu jadi warisan turun temurun pada masa akan datang. Amin.

Masa bekerja kilang dulu tak sempat pon tengok resipi, heheh,,, takda masa nak masak ke baking ker,,,dok peram angan2 sampai la nih,,, yang tahu main beli ajerrr,,,senang...

2013 July, puasa aku dok pregnant baby ke-3, berpantang balik kg, abis pantang lepas raya, balik2, tub2 tengok peti penuh kurma tak habis2 banyak lak tuh,,,, adoiii,,,macamana nak perabih nih,,, nak buat makan kek satu pon aku tak retiii,,,

Last2 aku memberanikan diri mmemblender ala2 kek pisang adunan tak bersukat tak tengok resepi main bedal jer campur telur, gula, tepung, kurma serbuk penaik, then aku blend dan masuk dalam paper cup yg dah bertahun2 aku simpan tak pernah guna,,,
then aku kukusla,,, itu ajer pun yg aku ada,,,

emmm...terkejut beruk aku anak2 makan sakan,,,memang tekak aku tak bleh nak menerima,,, senang citer mmg batat n mmg tak sedapla...rasa nak menangis pon ada,,,kesian anak2 aku nampak sgt aku nih ibu yg mmg tak pandai mmmmemasakkkk!!!!

Sejak dari tu la aku search kat PAKCIK GOOGLE mencari MAKCIK RESEPI,,,Nak tahu resepi apa yang aku google??? Cuba teka??? Tentulah resepi KEK KUKUS simple sebab aku cuma ada pengukus sahaja, oven dapat time hadiah kahwin pon dah rosak sebab jarang2 sekali guna rasanya ada 3 kali jer sempat guna then bila adik aku pinjam nak buat biskut raya, blum guna dah meletup...

Nak dijadikan cerita Resipi yang aku amik tentulah BERSUKATKAN CAWAN,,,hehe biasalah gram, ml ke mmgla penat takde PENIMBANG!!!

KEK KUKUS KURMA yg aku ubah dari resepi KEK KUKUS PISANG menjadikkkkk!!! Memangla HAPPY SANGAT PERCUBAAN PERTAMA BERJAYA!!!

Sejak dari itulah aku rajin menggoogle resepi,,,sampai anak2 n hubby tunggu list nak tgk computer,,,heheh,,,

Aku ada candid sedikit2 foto makanan yang aku dah cuba masak dari resepi cik google...manalah tahu boleh dijadikan rujukan nanti dan sampai buku resepi dah tak muat nak tulis lagi,,,tuh yang aku berjinak2 belajar untuk membuat blog mmmasakkk nihhh semoga anak2 aku bila besar nanti tak lagi susah nak masak suatu hari nanti untuk cucu2 yg bakal diperturunkan insyaallah,,, Buat tuan empunya resepi memang aku tak salin tapi antara resepi blog yg aku suka geledah,,,heheh,,,mamasya, azlita masam manis, Dari dapur Madiha, Azie kitchen, Hasue, dll yang tak lokek memberikan ilmu dan tips tunjuk ajar,,,Terima kasih semoga Allah memberi lipat ganda usaha menyebarkan ilmu dalam blog kalian dipanjangkan dan sudah tentu akan bertambah ilmu dan rezeki dan kebahgian dunia sampai akhirat...Amin.

Insyaallah pada masa kan datang jika jari jemari aku nih dah mahir berblog nih aku akan improve lebih baik untuk melistkan nama sumber resepi yelah sapalah aku ni tanpa jasa baik tuan empunya resepi dan diperpanjang kan harap dapatlah keizinan diperpanjangkan di blog aku yang serba kekurangan nih...

Kini, bolehlah dikatakan baru nak bertaktih, alhamdulillah seronok sangat memasak ni yerrrr rupanya... berkat kesungguhan, kesabaran, suami tercinta menghadiahkan sebuah oven,,,alhamdulillah gembira tak terkira,,,kini barang memasak kian bertambah, dari sebiji loyang dah ada tiga, penimbang, spatula, alumunium foil, cuma sekarang tengah mengidam nak membeli mesin pemutar kek atau biskut,,,penat gak la dok manual mengodak kek sampai pagi buat cupcake anak Haziq Naufal 6 tahun di Tadika Pasti baru2 ni,,,emmm,,,alhamdulillah walaupun kek taklah sehebat kek beli tapi kepuasan dapat menyediakan sendiri kek harijadi anak sulung biar pun dah berusia 6 tahun 15 Januari 2014,,,sesuatu perkara yang amatlah mengembirakan bukan hanya tuan punya badan tapi siibu yang menyediakan dan sibapa yang meraikan beserta adik2 juga teruja setiap kali ibu mmmasakkk di dapur,,,tolong sukat, tolong pukul telur dll... itulah yang membahagiakan dan kini mmmasakkk telah menjadi HOBI nombor satu aku siibu beranak 3,,,hehhehh...

Biarpon agak lambat tapi slowly aku pasang angan2 nak tambah kemahiran dalam bidang masakan,,,yang paling seronok balik kampung baru2 ni,,, makabah ajak dok kampung seronok makan air tangan aku yg baru belajar masak itu dan ini,,,pertama kali mencuba masakan barat LASAGNA resepi cedok dari mamasya, Terima kasih, adik2 teruja dan suka sgt makan n tipon mintak buat lagi,,,insyaallah ada rezeki n kelapangan angah buat lagi,,,


Buat aku yang baru merangkak satu step bina blog nak improve nak majukan diri setapak dalam IT,,, insyaallah aku akan cuba sedaya upaya cepat belajar menjadi ibu n isteri yang berguna di masa hadapan biarpun tiada target cuma nak jadi mahir sedikit demi sedikit, dapat serve makanan untuk family takiralah family weding ker atau family birthday ker or any family even aku dah cukup bersyukur,,,penat sikit takpe tapi berbaloi,,,

Citer2 dah panjang meh aku nak kongsikan resepi pertama aku KEK KUKUS KURMA yang aku dah ubah dari resepi asalnya KEK PISANG KUKUS.

Apa pun layan gambar yabg aku sempat edit, ada bagi family mertua sikit, alhamdulillah rasa macam kek pisang sbb kurma madu yusuf taiyobbbb manisss sgt daaa...








RESEPI : KEK PISANG KUKUS
SUMBER: GOOGLE (maaf, nama empunya resepi tiada dalam salinan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini)

BAHAN A (DIAYAK):
2 cwn tepung gandum
1 sk b/powder
1 sk s/bikarbonat

BAHAN B (DIPUKUL HINGGA KEMBANG):
4 biji telur

BAHAN C (DIBLEND/DILENYEK):
1 cwn pisang (aku guna kurma)
Nota: pisang anggaran 3-4 biji sederhana / (kurma anggaran 10-12 biji)

BAHAN D:
3/4 cwn gula
3/4 cwn minyak
1 sk esen vanila

CARA:
  1. Ayak tepung, b/powder dan s/bikarbonat bersama.
  2. Dalam bekas lain, putar telur hingga kembang. (ku blend aje)
  3. Masukkan pisang lenyek. Putar lagi hingga sebati. (ku masukkan kurma yang dibuang biji dan blend sekali dengan telur yang telah diputar terlebih dahulu).
  4. Masukkan gula, putar lagi hingga gula hancur dan kembang. 
  5. Masukkan minyak, kacau sampai sebati.
  6. Tambah esen vanila, kacau sebati.
  7. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit semi sedikit dan gaul dengan spatula sahaja. (ku pindahkan adunan yang di blend ke dalam mangkuk. Kemudian, baru masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna spatula)
  8. Masukkan dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau sedikit minyak. (ku guna loyang size 8")
  9. Didihkan air kukusan dan kukus atas api sederhana selama 45 minit loyang atau 10 minit cup.