Jumaat, 7 Februari 2014

PUDING TRIFLE








RESEPI : PUDING TRIFLE
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi ini tiada dalam salinan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN A (LAPISAN 1-KEK):

Swiss Roll / kek (ku guna strawberry swiss roll sekotak)
Air dr jus koktel

CARA (LAPISAN 1-KEK) :

  1. Kek / swiss roll dipotong setebal 1 cm. masukkan di dasar bekas/ mangkuk. 
  2. Siram / renjis sedikit air jus koktel supaya moist. Ketepikan.

BAHAN B (LAPISAN 2-PUDING KASTAD):

1 cwn tepung kastad
1/2 cwn gula / (7 sb)
1 tin susu cair
1 tin air

CARA (LAPISAN 2-PUDING KASTAD) :

  1. Satukan semua bahan kecuali buah dan jus koktail. Kacau kastad hingga sebati, gula hancur dan tepung tidak berketul.
  2. Masak atas api kecil hingga pekat dan likat dan sedikit meletup. Kacau jangan berhenti takut berketul. Matikan api.
  3. Curahkan adunan kastad yang masih suam ke atas kek-lapisan 1 tadi.

BAHAN C (LAPISAN 3-BUAH KOKTAIL):

1 tin buah koktail (asingkan buah dan jus)

CARA (LAPISAN 3-BUAH KOKTAIL):

  1. Susun buah atas kastad yang masih suam ditekan sikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar. Ketepikan.
BAHAN D (LAPISAN 4-JELLY):

1 paket Kristal Jelly (Perisa Strawberry / Rasberry)
400 ml air

CARA (LAPISAN 4-JELLY):
  1. Tuang serbuk jelly ke dalam periuk.
  2. Masukkan air ikut arahan pada kotak.
  3. Kacau hingga larut.
  4. Curah atas lapisan 3-buah koktail tadi.
  5. Sejukkan sebelum dinginkan dalam peti sejuk. 
OPTIONAL: HIASAN-LAPISAN 5: (ku tak letak)

Sapukan whiping cream/ yogurt
Tabur strawberry / badam

NOTA : 

Whipping cream dipukul hingga berkrim, untuk mudahkan masukkan dalam piping bag dan guna nozzle cantik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan