Jumaat, 7 Februari 2014

WAFEL PANCAKE MUDAH








RESEPI : WAFEL / PANCAKE MUDAH
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini untuk rujukan pada masa akan datang)

BAHAN :

3 sb mentega dicairkan (ku guna minyak masak)
1 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sk b/powder 
1 sb gula
1 cwn susu segar
secubit garam 
Optional :1 sb jus lemon (ku ganti 1 sk esen vanila)

CARA : 
  1. Campur semua diblender. (Ku blend telur hingga berbuih , diikuti gula hingga kembang, kemudian garam, susu, esen vanila, mentega cair /mnyak, tepung &  b/powder).
  2. (Ku Tapis adunan ke dalam bekas). Rehatkan adunan selama 10 minit. 
  3. Panaskan wafel maker / pan. Tuang dalam wafel maker (wafel) or tuang dalam non-stick pan (pancake) di masak atas api kecil. (ku guna kuali biasa)
  4. Nota / Tips : Jika menggunakan wafel maker. Tuang aduan bermula dari tengah hingga ia merebak sendiri ketepi corak wafel maker. tunggu 5-10 minit. tekan sedikit penutup wafel maker sewaktu menutupnya bagi memastikan corak wafel cantik lebih sekata dan wafel tidak melekat pada wafel maker. 1 wafel 10 minit. Pada 5 minit pertama tengok-tenok takut hangus. Bila keemasan keluarkan. (ku tiada wafel maker, sila abaikan)
  5. Hidang bersama madu/susu/coklat/jem/peanut/ aiskrim/buah. (ku hidang bersama susu dan madu)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan