RESEPI : PIZZA
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan minta dihalalkan diperpanjangkan di sini)
BAHAN A (DOH PIZZA) :
300 g tepung roti / tepung roti (Nota: kalau tepung gandum tak boleh bakar lama / keperangan, nampak sedikit kekuningan dah cukup (masih lembut) sebab bila garing sangat tepung akan keras sedikit compare guna tepung roti)
6 g instant yis (mauripan)
20 g mentega
10 g gula halus
Optional : 1 sk bread improver
1/4 sk garam
11/4 sb madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN B (DITABUR ATAS PIZZA):
1 cwn daging cincang/ tuna (ku cincang sosej, daging takde)
5 btg crab stick (dipotong serong)
4 hiris gegelang capsium (red) (ku tak letak)
4 hiris gegelang capsium (yellow)(ku tak letak)
4 hiris gegelang capsium (green)(ku tak letak)
Optional: 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 keping nanas dalam tin (dipotong kiub)
5 biji cendawan butang (dihiris)
1 cwn sos pizza / sos prego/ sos speghetti
175 g keju mozarella / cheddar cheese diparut (ku guna 2 keping chesdale dipotong dan sedikit keju parmesan, keju mozarella tak letak dah abis stok!)
Optional: Dried oregano/ dried pastry
CARA (DOH PIZZA):
- Satukan semua bahan dalam satu bekas kecuali mentega dan tepung untuk ditabur. Gaul rata hingga semua bahan bersatu.
- Tambah mentega dan terus menguli hingga menjadi dohkenyal, jika melekit tambah sdikit tepung.
- Kemudian bulatkan dan rehatkan 45 minit hingga naik 1 kali ganda.
CARA PENYEDIAAN PIZZA:
- Panaskan oven pada suhu 190'C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9", sapu sedikit mentega. Ketepikan. (Ku guna loyang spring foam 9" dan loyang biasa 10")
- Keluarkan doh, bahagi doh kepada 2 bahagian.
- Ambil satu tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dulang pizza dan tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan keliling sedikit tebal.
- Doh pizza yang siap dicanai dan sudah naik bolehlah dibakar separuh masak 10 minit dahulu untuk mematikan yis.
- Selepas itu barulah diratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun sebahgian bahan (buat 2 bahagian) untuk pizza di bahagian atasnya dan diakhiri dengan keju mozarella.
- Bakar 20-25 minit hingga keju mencair dan roti kekuningan/keemasan. Keluarkan dari oven. Hidang bersama dengan sos kegemaran. (ku bakar 20 minit sahaja api atas bawah dirak tengah)
- Buat kaedah yang sama untuk selebihnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan