Ahad, 16 Februari 2014

TART KASTAD BUAH PEACH (TANPA ACUAN TART TETAPI MENGGUNAKAN CAWAN KERTAS CUPCAKE)


 















  







RESEPI : TART KASTAD BUAH PEACH
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, harap dihalalkan diperpanjangkan di sini)

BAHAN A (TART CRUST /SHELL):

170 g marjerin/ mentega (pada suhu bilik) (Nota : Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan selama 15-30 min)
50 g gula icing
1 biji telur gred C
290 g tepung gandum 
1 sk esen vanila
Acuan tart (ku takde acuan, tapi guna cawan kertas cupcake!)

CARA (TART CRUST/SHELL):
  1. Pukul marjerin & gula dengan senduk kayu. (Jangan putar lama sangat)
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh lembut. (Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh). (Ku masukkan doh dalam beg plastik dan simpan 15-30 min dalam peti sejuk sebelum mencanai sebab doh mudah terkoyak, sebaiknya disimpan semalaman)
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan dalam acuan tart. (Ku takde acuan tapi tekak teringin benar nak makan tart, kebetulan nak habiskan baki buah peach buat puding triffle tempohari, so aku pikirkan sendiri cara manual ni sebab doh ni asyik pecah je bila aku cuba tekan dalam tray cupcake yang ku oles dengan sedikit minyak. Kali kedua ku ambil keputusan nak letakkan di dalam cawan kertas cupcake tapi susah jugak nak tekan doh asyik koyak, kali ketiga aku canaikan, terap dengan cawan plastik bulat siap-siap dan lekapkan ke atas cawan kertas cupcake, kemudian aku telangkup balikkan agar doh berada dalam cawan kertas cupcake. Tara!!! Menjadik akhirnya!Walau tak secantik menggunakan acuan tapi rasanya tetap menawan..heheh (Boleh rujuk gambar jika tak paham)
  5. Trim lebihan doh dengan pisau. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.  
  6. Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit/ hingga masak.
NOTA : 
  1. Jika guna telur gred B, buang sedikit putih telur untuk elak crust jadi keras sangat.
  2. Untuk dapatkan doh yang baik, masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. 
  3. Crust/shell boleh disediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara & ia tahan lama.
  4. Tunggu crust/shell benar-benar sejuk sebelum meletak filing.


BAHAN B (FILING/ INTI KRIM KASTAD):

2 sb tepung kastad
2 sb tepung jagung
2 sb gula kastor
2 cwn susu segar/ susu cair (400 ml)
2 biji telur
Optional: 1 sk esen vanila
2 sb mentega (30 g)

CARA (KRIM KASTAD):
  1. Campurkan tepung kastad, tepung jagung dan gula dalam periuk.
  2. Campurkan 2-3 sudu besar susu dari 2 cwn susu tadi. Kacau rata hingga gula larut dan tepung tidak berketul.
  3. Telur dipukul di dalam mangkuk lain dan dicampurkan esen vanila kemudian dicampurkan ke dalam aduan tadi dan kacau sebati.
  4. Masukkan lebihan susu tadi dan kacau hingga sebati.
  5. Masakkan adunan ini atas api kecil dan kacau jangan berhenti supaya tidak berketul. Masak hingga adunan licin, likat, kental dan sedikit meletup-letup. Padam api. 
  6. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.
HIASAN:

Buah segar/ buah dalam tin seperti buah buah peach/kiwi/strawberry/anggur dll.


CARA PENYEDIAAN TART KASTAD BUAH PEACH:
  1. Masukkan adunan kastad di dalam piping bag dan paipkan di dalam acuan crust/shell. Atau ambil sesudu krim kastad dan isi ke dalam mangkuk tart/shell. 
  2. Tabur buah peach/kiwi/strawberry dll ke atas krim kastard tadi.
  3. Letakkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang.

MUFFIN STRAWBERRY





RESEPI : MUFFIN STRAWBERRY
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan, minta dihalalkan diperpanjangkan di sini untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN : 

2 cwn tepung gandum
3 sk b/powder (ku letak 2 sk eje)
1/2 sk garam (ku tak letak)
3/4 cwn gula
1 biji telur
1 cwn susu segar
1/4 cwn minyak sayuran (ku letak 1/2 cwn minyak masak)
2 sk esen strawberry
Inti / filing strawberry secukupnya (ku isi jem strawbery/rasberry)
Optional: Sedikit pewarna pink/merah.

CARA :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, b/powder, garam dan gula. Buat lubang di tengah-tengah. 
  3. Dalam mangkuk kecil, pukul telur sedikit, masukkan susu, esen strawberry dan minyak dan pewarna. Tuang dalam mangkuk berisi tepung tadi. Gaul guna garfu hingga sebati. Adunan akan nampak sedikit berketul-ketul sedikit.Tuang adunan dalam mangkuk muffin 1/2 cup, kemudian letak 1/2 sk filing dan tutup adunan hingga 3/4 cup. 
  4. Bakar muffin selama 20 min/kekuningan.

(Nota: buat aku yg sukakan struktur muffin yang gebu so aku ayakkan tepung bersama b/powder. Ketepikan. Kemudian aku blend je telur diikuti gula, susu, esen strawberry, pewarna dan minyak. Aku pindahkan adunan ke dalam mangkuk. Kemudian aku masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit kacau sebati dengan whisk. Dah macam cupakela plak...heheh...muffin ni strukturnya macam sedikit mampat berketul2 sikit tu yg aku kurang gemar. Tapi terpulanglangla pada citarasa masing-masing)


MUFFIN OREN BADAM



RESEPI : MUFFIN OREN BADAM
SUMBER : BUAT WANITA BLOGGER (minta dihalakan diperpanjangkan di sini yea puteri sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN :

1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn gula (jgn penuh sangat!)
1 biji telur
3/4 cwn tepung naik sendiri (ku guna tepung gandum)
1/2 sk b/powder
1/2 sk ovellette
1 sk esen vanila
1 sk oren sanquick/perahan jus oren (takde so aku ganti esen oren)
2 sb susu tepung for baking (ku letak susu tepung biasa)
2 biji ceri merah dicincang
1/4 cwn coklat chip
sedikit parutan kulit oren (takde stok ku tak isi tapi kalau ada lagi sedap!)
2 sb gajus / badam ditumbuk kasar (ku guna badam cincang dan dipanggang suhu oven 100'C selama 3-5 minit sebelum ditumbuk)
Sedikit pewarna oren (ku guna warna kuning)

CARA :
  1. Tepung diayak bersama b/powder. Ketepikan
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. (Ku blend je, mixer takde)
  3. Masukkan minyak masak, pewarna oren dan esen.
  4. Masukkan susu tepung, tepung, putar perlahan diikuti ovellette.
  5. Masukkan badam, ceri, parutan kulit oren, dan choc chip. 
  6. Isi 3/4 cup adunan ke dalam cawan kertas.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180'C. (Nota : ku bakar 28 minit pun dah coklat sgt dah, so ku cadangkan 25 min dah ok, terpulang pada oven masing-masing. Tapi lagi perang lagi best, sedap sgt bahagian luar crust rangup! lagi- lagi tergigit badamnya,,,ditambah coklat cair, ceri kenyal kalau ada parutan kulit oren erm aromanya lagi sodap!)

Rabu, 12 Februari 2014

KEK BAKAR KURMA GUNA RESEPI ASAS KEK SIMPLE & SENANG (SUKATAN CAWAN)



 






RESEPI : KEK KURMA BAKAR
SUMBER : BUAT WANITA BLOGGER (maaf, resepi ini hanya disalin dan minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Buat pengemar kurma or tidak tiada masalah kerana kek ini insyaalah sangat sedap rasanya rangup diluar dan lembut di dalam, baik dari segi kesihatan malah mengikut sunnah juga, bukan hanya untuk kita malah anak-anak. Selain dari makanan sunnah kek ini hanya menggunakan sebiji telur! TQ puteri sbb sudi berkongsi resepi beserta TIPS sekali..Buat pengetahuan kek ini juga boleh diubahsuai rasanya! Mesti cuba dan rasa sendiri.Terbaik! Suami dan anak-anak suka berbanding kek kurma yg sy pernah buat dulu menggunakan 3 biji telur dan dikukus, rasa kek kurma versi bakar lebih sedaplah... 

Loyang kecil (ku guna loyang bulat 9")

BAHAN :

1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri (ku guna tepung gandum + 1 sk b/powder & diayak bersama)
1 Cawan Minyak Jagung (ku guna minyak masak)
1 Cawan Gula Kastor(ku guna 3/4 cwn)
10 Biji Kurma 
1 Cawan Susu Cair (ku guna secawan= susu tepung + air)
1 Biji Telur

CARA :


1. Blend kurma bersama secawan susu.
2. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
4. Masukkan minyak dan susu kurma. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit.

Maaf untuk memudahkan kerja aku yang beranak kecil, kebetulan mixer pun takde blender jela sumenye proses kecuali tepung. 


1. Blend telur sampai berbuih.

2. Masukkan gula, blend sampai putih.
3. Masukkan kurma yang telah dibuang biji bersama susu, blend lagi.
4. Masukkan minyak, blend lagi.
5. Pindahkan adunan dari blender ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit. 
(Nota ku guna api atas bawah, 30 minit pertama ku letak pada rak yang tengah, 15 minit terakhir ku pindah ke rak bawah, coz oven aku api atas lebih panas dari api atas, takut terlebih hangus pula ;p

TIPS TAMBAHAN:

1. Jangan gunakan terlalu banyak kurma, nanti jadi bengkang :p
2. Banyak lagi tips. Sila Rujuk di bawah/ Buat.Wanita@blogspot.com



Resepi Asas Kek. Simple & Senang (Sukatan Cawan)

Resepi ni untuk loyang kecil. Boleh dikukus dan boleh dibakar tau. Kalau kukus jadi
moist, kalau bakar jadi kek span padat la :) Sangat la senang nak buat. Kacau-kacau 
pastu kukus/bakar. Boleh di ubah perisanya mengikut selera. Rasanya pun sedap ;)

BAHAN :

2 Cawan Tepung Naik Sendiri 
1 Cawan Minyak Jagung 
1 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Susu Cair
1 Biji Telur
1 Sudu Serbuk Vanilla 
Perisa / Serbuk Koko/ Buah (Ikut Suka) 

CARA :


1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan minyak, susu dan serbuk vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan perisa yang disukai. Samada cecair / serbuk / buah.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
6. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
7. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.

TIPS TAMBAHAN :
1. Kalau guna tepung gandum, campurkan 1 sudu teh baking powder
2. Kalau tak ada serbuk vanilla, gantikan dengan esen vanilla. BW guna serbuk vanilla sebab ianya lebih wangi, dan tidak pahit jika masukkan lebih.
3. Kalau tanak guna telur pun boleh, tapi kek nanti cam senang berkecai sikit la.
4. Kalau bakar guna oven yang build in kat kabinet just guna 150'c je yer.
5. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika tak suka manis sangat.
6. Susu boleh digantikan dengan susu segar. Ataupun susu tepung bancuh dengan air je. 
7. Kalau guna mixer, tak perlu tapis adunan dengan penapis kerana adunan sudah sebati.
8. Untuk perisa, boleh gunakan perisa dalam botol kecil tu. Juga boleh masukkan perisa berserbuk seperti serbuk koko atau serbuk kopi. Boleh juga masukkan buah dan sayur yang dikisar contohnya, pisang, karot, daun pandan dan kurma (pastikan kisar bersama secawan susu tu, jangan masukkan air tambahan) 
9. Bagi perisa berserbuk seperti, serbuk koko, atau pun perisa dari buahan diblend seperti, kurma atau carrot, kurangkan tepung kepada 11/2 cawan.  

Jom tengok macam-macam resepi kek mudah menggunakan adunan asas yang sama :) di (BuatWanita.blogspot.com). (Maaf saya promote kat sini blog puteri yea, sebab resepinya terlalu baik, ringkas, padat dan paling mudah yang saya pernah jumpa dan yang paling penting boleh diubahsuai rasa, minta dihalalkan disalin, disimpan, diperpanjangkan buat rujukan bukan hanya saya tetapi keluarga yang memang peminat kek juga diperturunkan pada generasi anak2 pada masa akan datang. Moga Allah akan menambahkan ilmu dan keberkatan buat empunya resepi sekelurga. Amin.

Jumaat, 7 Februari 2014

KUIH BAKAR LEMAK MANIS


  

RESEPI : KUIH BAKAR LEMAK MANIS
SUMBER : AZLITA MASAM MANIS BLOGGER (minta dihalalkan diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

BAHAN: (loyang 8"x8") (ku guna tray oven cupcake)
11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula (boleh kurang sedang elok manisnya)
3 biji telur
3 cwn santa (200 ml santan kara + air)
3 sb susu manis
garam secukup rasa
1 sk esen vanila
sedikit pewarna kuning
Optional:bijan untuk ditabur

CARA :
  1. Masukkan semua bahan dalam blenderkecuali bijan dan kisar hingg sebati.
  2. Gaul adunan hingga pekat.
  3. Tuang dalam acuan/loyang yang disapu sedikit  marjerin. Ratakan adunan dan tabur sedikit bijan jika suka.
  4. Bakar selama 40 minit @ hingga kelihatan garing.



PIZZA
















RESEPI : PIZZA
SUMBER : GOOGLE (maaf, nama pemilik resepi tiada dalam simpanan minta dihalalkan diperpanjangkan di sini)

BAHAN A (DOH PIZZA) : 
300 g tepung roti / tepung roti (Nota: kalau tepung gandum tak boleh bakar lama / keperangan, nampak sedikit kekuningan dah cukup (masih lembut) sebab bila garing sangat tepung akan keras sedikit compare guna tepung roti)
6 g instant yis (mauripan)
20 g mentega
10 g gula halus
Optional : 1 sk bread improver
1/4 sk garam
11/4 sb madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN B (DITABUR ATAS PIZZA):
1 cwn daging cincang/ tuna (ku cincang sosej, daging takde)
5 btg crab stick (dipotong serong)
4 hiris gegelang capsium (red) (ku tak letak)
4 hiris gegelang capsium (yellow)(ku tak letak)
4 hiris gegelang capsium (green)(ku tak letak)
Optional: 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 keping nanas dalam tin (dipotong kiub)
5 biji cendawan butang (dihiris)
1 cwn sos pizza / sos prego/ sos speghetti
175 g keju mozarella / cheddar cheese diparut (ku guna 2 keping chesdale dipotong dan sedikit keju parmesan, keju mozarella tak letak dah abis stok!)
Optional: Dried oregano/ dried pastry

CARA (DOH PIZZA):

  1. Satukan semua bahan dalam satu bekas kecuali mentega dan tepung untuk ditabur. Gaul rata hingga semua bahan bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga menjadi dohkenyal, jika melekit tambah sdikit tepung.
  3. Kemudian bulatkan dan rehatkan 45 minit hingga naik 1 kali ganda.
CARA PENYEDIAAN PIZZA:
  1. Panaskan oven pada suhu 190'C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9", sapu sedikit mentega. Ketepikan. (Ku guna loyang spring foam 9" dan loyang biasa 10")
  2. Keluarkan doh, bahagi doh kepada 2 bahagian.
  3. Ambil satu tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dulang pizza dan tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan keliling sedikit tebal.
  4. Doh pizza yang siap dicanai dan sudah naik bolehlah dibakar separuh masak 10 minit dahulu untuk mematikan yis. 
  5. Selepas itu barulah diratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun sebahgian bahan (buat 2 bahagian) untuk pizza di bahagian atasnya dan diakhiri dengan keju mozarella.
  6. Bakar 20-25 minit hingga keju mencair dan roti kekuningan/keemasan. Keluarkan dari oven. Hidang bersama dengan sos kegemaran. (ku bakar 20 minit sahaja api atas bawah dirak tengah)
  7. Buat kaedah yang sama untuk selebihnya.