Rabu, 5 Mac 2014

DONUT BERLILIT SOSEJ


RESEPI : DONUT BERLILIT SOSEJ 
SUMBER : GOOGLE (maaf,minta dihalalkan diperpanjangkan resepi ni di sini buat rujukan di masa akan datang)

Resepi donut yang biasa buat rujuk DI SINI, cuma bezanya doh donut tu ku lilitkan pada sosej, ni fovourite anak-anak dan suami. Di sini ku nak tunjuk tutorial cara nak lilit sosej ni, kalau dibakar jadi roti bolej juga rujuk resepi DI SINI . Di sini juga ku ingin berkongsi cara mudah untuk mengembangkan doh tanpa perlu susah-sah menguli :). Klik DI SINI.

Sosej lilit ni macam-macam versi boleh buat, comel sgt! aku cuma buat cara ni paling mudah dan dapat banyak satu sosej kecil tu dapat 3 kali lilitla : 


 1- Sediakan sosej siap dipotong 2, dibelah 4, so 1 batang sosej akan dapat 8 sosej berlilit nanti!
 2- Ambil sedikit doh dicanai setebal 1/2 "
 3- Potong doh secara menegak selebar 11/2"-2"
 4- Ambil 1 dari doh yang telah dipotong panjang tadi.
 5- Ambil satu sosej yang telah dipotong kecil, kemudian lilitkan doh yang telah dipotong panjang tadi.
6-Selitkan sedikit hujung doh semasa melilit nanti supaya bila digoreng doh tidak akan terbuka.
7-Kemudian lilitkan terus doh sebanyak 3 kali lilitan sosej.
 8- Potong lebihan doh.
 9- Kelimkan bucu doh yang dipotong tadi supaya doh tidak akan terbuka bila digoreng nanti.
10- Tara!!! Dah siap!:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan