mmmasakkk
Tak pandai MASAK? Jom belajar MASAK! Tak tahu apa nak MASAK? Jom tengok RESEPI!
Rabu, 3 September 2014
Rabu, 5 Mac 2014
DONUT BERLILIT SOSEJ
RESEPI : DONUT BERLILIT SOSEJ
SUMBER : GOOGLE (maaf,minta dihalalkan diperpanjangkan resepi ni di sini buat rujukan di masa akan datang)
Resepi donut yang biasa buat rujuk DI SINI, cuma bezanya doh donut tu ku lilitkan pada sosej, ni fovourite anak-anak dan suami. Di sini ku nak tunjuk tutorial cara nak lilit sosej ni, kalau dibakar jadi roti bolej juga rujuk resepi DI SINI . Di sini juga ku ingin berkongsi cara mudah untuk mengembangkan doh tanpa perlu susah-sah menguli :). Klik DI SINI.
Sosej lilit ni macam-macam versi boleh buat, comel sgt! aku cuma buat cara ni paling mudah dan dapat banyak satu sosej kecil tu dapat 3 kali lilitla :
1- Sediakan sosej siap dipotong 2, dibelah 4, so 1 batang sosej akan dapat 8 sosej berlilit nanti!
2- Ambil sedikit doh dicanai setebal 1/2 "
3- Potong doh secara menegak selebar 11/2"-2"
4- Ambil 1 dari doh yang telah dipotong panjang tadi.
5- Ambil satu sosej yang telah dipotong kecil, kemudian lilitkan doh yang telah dipotong panjang tadi.
6-Selitkan sedikit hujung doh semasa melilit nanti supaya bila digoreng doh tidak akan terbuka.
7-Kemudian lilitkan terus doh sebanyak 3 kali lilitan sosej.
8- Potong lebihan doh.9- Kelimkan bucu doh yang dipotong tadi supaya doh tidak akan terbuka bila digoreng nanti.
10- Tara!!! Dah siap!:)
CARA MENGEMBANGKAN DOH YIS TANPA PERLU MENGULI
1- Letakkan doh dalam steel bowl. Double boilkan atas air mendidih di atas api kecil. Ni rajah setelah ku heatkan doh selama 10 minit, lupa nak snap size doh belum mengembang. Tapi memang kecilla...(ni ku isi loyang takut doh melimpah keluar sbb bowl aku kecik sgt..)
2- Nila rupa saiznya doh bila dah mengembang, 30 minit je 2 kali ganda saiznya doh tanpa penat menguli dan pastinya dohnya lebih lembut lagi...jimat masa n tenaga...:)
2- Nila rupa saiznya doh bila dah mengembang, 30 minit je 2 kali ganda saiznya doh tanpa penat menguli dan pastinya dohnya lebih lembut lagi...jimat masa n tenaga...:)
Selasa, 4 Mac 2014
KEK COKLAT MOIST BAKAR-BIRTHDAY HAZIQ NAUFAL-6 TAHUN
RESEPI: KEK COKLAT MOIST BAKAR
SUMBER : AZLITA MASAM MANIS (maaf, kak ita mar minta dihalalkan diperpanjangkan di sini buat rujukan pada masa akan datang)
BIRTHDAY: HAZIQ NAUFAL (6 TAHUN)
Sebenarnya kek ni di buat pada 15 Jan 2014 yang lepas, tpi camera setup dah tersalah setup hari,,tak perasan bila tertukar tarikh,,,hehh,,anyway alhamdulillah,,dah selesai pun majlis biarpun kecil tapi dapat menyediakan sendiri serba sedikit juadah dan kek buat anak Haziq Naufal di raikan di Sekolah Pasti. Ibu doakan anak ibu menjadi anak yang soleh dan berjaya serta bahagia dunia akhirat hendaknya. Amin...
Resepi kek ni boleh rujuk SINI, bab toping dan deko hehh fail,,,main hentam saja simbah coklat cair dan tabur coklat rice heheh taruk buah ceri.. heheh...siap! Tengok Abang Haziq sengih sampai ke telinga, ibu dah puas;)
Ahad, 2 Mac 2014
ROTI PINTAL
Rajah ni baru di add sekadar untuk rujukan pada masa akan datang :
CARA MEMINTAL ROTI PINTAL VERSI 1 : POTONG 7@8 (SOSEJ BLOSSOM) /BOLEJ JUGA DIRUJUK TUTORIAL DI BAWAH
SUMBER : ZALIN ZALINA BLOGGER (maaf, acik pink mar minta dihalalkan resepi ni diperpanjangkan di sini buat rujukan pada masa akan datang, tq yea..)
BAHAN A (ROTI):
250 g tepung roti/ tepung high protein (ku guna tepung gandum je, untuk elakkan keras kurangkan masa membakar sebab bila garing sangat roti akan cepat keras compare dengan tepung roti)
50 g marjerin
50 g gula kastor
1 sk yis kering
1/2 sk bread improver
1 sk tepung susu / susu pekat (ku guna susu pekat)
1/2 sk garam halus (ku tak letak sebab marjerin dah masin)
1 biji telur gred B (ku guna 2 biji telur gred C)
105 ml air suam (sila guna air sejuk jika guna mixer) (ku guna air suam)
Sosej secukupnya
BAHAN C (DISAPU PADA ATAS ROTI yg telah kembang- sebelum dibakar):
1 biji telur
2 sb air/susu segar
BAHAN B (DITABUR ATAS ROTI-sebelum dibakar):
Sayuran campur (ku tak letak)
Mayonis (ku tak letak)
Sos cili (ku tak letak)
Keju parut (ku tak letak)
(optional: ku tabur bijan je, tak sempat anak nangis)
Sayuran campur (ku tak letak)
Mayonis (ku tak letak)
Sos cili (ku tak letak)
Keju parut (ku tak letak)
(optional: ku tabur bijan je, tak sempat anak nangis)
marjerin (supaya berkilat cantik lepas dibakar) (ku tak letak tak sempat anak nangis!)
CARA (ROTI) :
- Bancuh air suam + gula. Kacau gula hingga larut. Kemudian masukkan yis, kacau hingga berbuih. (ku kacau kejap je, cuma rehatkan 10 minit nanti berbuih sendiri, kemudian baru kacau lagi)
- Masukkan semua bahan lain dalam mangkuk besar, masukkan air bancuhan yis tadi. Kacau guna senduk kayu, uli hingga jadi doh guna tangan hingga 5 minit.
- Tutup dengan plastik, biar selama 30 minit. NOTA: UNTUK CARA MUDAH KEMBANGKAN DOH TANPA PERLU MENGULI SILA KLIK DI SINI
- Bila doh dah kembang, bulat-bulatkan doh 50 g, lumur dengan sedikit tepung, bagi tak melekat dan nampak licin.
- Roti pintal ni macam-macam versi boleh buat, comel sgt! aku cuma tahu ada 3 cara pintal :
- Roti pintal versi bulat -potong /pintal 7@ 8 (Sosej Blossom)
- Roti Pintal versi panjang - potong/pintal 7@8 (Sosej Tocang-kusendiri bg nama..heh.heh..)
- Roti Pintal versi silang - potong / pintal 4 (Sosej Silang 4-kusendiri juga bg nama, hehhe.. senang nak ingat)
- Caranya memintal ROTI PINTAL: (ku tunjuk tutorial di bawah jerla sbb tak sempat nak candid gambar semasa pintal hari tu...huhu)
- Alihkan ke dulang pembakar yang disapu marjerin. Tutup biar kembang lagi. (ku tunggu kejap je 5 minit, anak nangis terus bakar, jgn risau kembang sgt dalam oven,,,heheh syukurlah!)
- Bila dah kembang baru sapu bancuhan telur dan susu segar. (ku tak buat)
- Hias dengan sayur campuran, mayonis dan sos cili, keju parut dll. (ku tabur bijan jer!)
- Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit (bergantung pada size roti. (NOTA: ku bakar 15 minit jer sbb guna tepung gandum bukan tepung roti so kena bakar sekejap jer kekuningan dah bole angkat lagi kalau garing nanti rotinya keras)
- Keluar sahaja dari oven terus sapu marjerin, serius cantik kilat habis! (ku tak taruk marjerin habis terus...ku calit-calit sikit minyak masak hahaa..! makan panas2 sekejap jer dah habis...hehe..puas hati sgt sedap:)
SILA RUJUK TUTORIAL DI BAWAH, KALAU DAH TAHU ASAS SEBENARNYA SENANG JER...
- TUTORIAL CARA MEMINTAL ROTI PINTAL VERSI 1-BULAT (SOSEJ BLOSSOM)
CARA MEMINTAL ROTI PINTAL BULAT(SOSEJ BLOSSOM):
- Ambil satu doh beratnya 50 g, canai/gelek panjang, tabur sedikit tepung, letak sosej sebatang di atas doh yang dicanai panjang tadi dan kelim/bungkus sosej di dalam doh.
- Kemudian potong 7@8 tapi jangan sampai doh terputus.
- Buat satu lingkaran bulat seperti rajah di atas.
- Pegang satu dari potongan sosej yang paling hujung dipintal melilit sosej yang terakhir dihujung yang lagi satu, lalu diselitkan kedalam lingkaran tersebut membentuk blossom. Tara!!! Dah siap!(heheh...kalau tak paham tengok je rajah di atas,,terkial aku nak menterjemahkan dalam ayat...fuh!)
- TUTORIAL CARA MEMINTAL ROTI PINTAL VERSI 2-PANJANG (SOSEJ TOCANG)
CARA MEMINTAL ROTI PINTAL PANJANG (SOSEJ TOCANG):
- Ambil satu doh beratnya 50 g, canai/gelek panjang, tabur sedikit tepung, letak sosej sebatang di atas doh yang dicanai panjang tadi dan kelim/bungkus sosej di dalam doh.
- Kemudian potong 7@8 tapi jangan sampai doh terputus.
- Kemudian pintal seperti tocang rambut tu silang ke kanan, kemudian silang ke kiri seperti rajah tutorial di atas. (foto roti siap pun tak sempat snap hubby dah telan dulu!).
- TUTORIAL CARA MEMINTAL ROTI PINTAL VERSI 3-SILANG (SOSEJ SILANG 4)
CARA MEMINTAL ROTI PINTAL SILANG (SOSEJ SILANG 4):
- Ambil satu doh beratnya 50 g, canai/gelek panjang, tabur sedikit tepung, letak sosej sebatang di atas doh yang dicanai panjang tadi dan kelim/bungkus sosej di dalam doh.
- Kemudian potong tengah @ 2 sampai doh terputus.
- Tutup permukaan doh yang terbuka / dipotang tadi. Potong lagi 2 pada setiap bahagian tapi jangan sampai putus.
- Ambil satu bahagian pintal silang kepada satu bahagian lagi. (sila lihat rajah di atas, aku tak buat ni tak sempat!)
Langgan:
Catatan (Atom)